Wednesday, January 19, 2011

Teori Behaviorisme


TEORI PEMBELAJARAN DAN MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TEORI PEMBELAJARAN

Definisi pembelajaran

Menurut ahli-ahli psikologi behavioris – perubahan yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman.
                                                                        (Mazur, 1990: Rocklin, 1987)

Perubahan yang disebabkan oleh tumbesaran (seperti menjadi bertambah tinggi) bukanlah situasi pembelajaran. Begitu juga ciri-ciri yang wujud sejak dilahirkan (seperti tindakbalas terhadap kelaparan atau kesakitan).

Walau bagaimanapun sukar untuk membezakan antara pembelajaran dan tumbesaran kerana kedua-duanya saling berkaitan.

MF* Mengapa kanak-kanak merasa cemas apabila melihat doktor dengan jarum suntikan?

Pada kurun ke 19, kajian tentang proses pembelajaran mula dilakukan. Tumpuan diberikan kepada bagaimana haiwan dan manusia belajar.

Pada asasnya Teori Pembelajaran boleh diklasifikasikan kepada empat mazhab:
            Behaviorisme
            Kognitif
            Humanistik
            Sosial
            Konstruktivisme


1.0 TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME

Antara tokoh ialah I.P. Pavlov (Pelaziman Klasik), J.B. Watson (Pelaziman Klasik / Emosi), E.L. Thorndike (Pelaziman Operan - Pembelajaran “Cuba Jaya”, Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan) dan B.F. Skinner (Pelaziman Operan).

Kebanyakan teori mereka ialah melalui pemerhatin dan kajian terhadap haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung merpati.

Kajian mereka bertumpu kepada perhubungan antara Rangsangan dan Tindakbalas yang menghasilkan perubahan tingkah laku – terkenal sebagai Teori R – G. Menurut teori ini, tingkahlaku boleh diperhati, diukur, dikawal, diramal, dipelajari dan dibentuk.


1.1 TEORI PELAZIMAN KLASIK PAVLOV

  1. Anjing tidak ada respon bila melihat loceng (rangsangan yang neutral)
  2. Air liur dikeluarkan bila anjing nampak makanan (rangsangan tak terlazim)
  3. Setiap kali sebelum makanan diberikan, loceng diberikan terlebih dahulu.
  4. Lama-kelamaan anjing mengeluarkan air liur bila mendengar bunyi loceng walaupun tiada bau makanan.
  5. Ini dikatakan pelaziman klasik.
  6. Pelaziman klasik – Proses di mana rangsangan yang neutral dan gerakbalas tak terlazim digabungkan berulangkali sehingga menjadi rangsangan terlaz im yang boleh melahirkan gerakbalas terlazim.

Hasil dari kajiannya, Pavlov berpendapat:

·        Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan akan menimbulkan gerak balas.
·        Pembelajaran boleh berlaku melalui latihan, motivasi dan pengalaman.
·        Beberapa konsep penting dihasilkan melalui prinsip pelaziman klasik Pavlov:
1.      Generalisasi – rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama.
2.      Diskriminasi – bertindakbalas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain.
3.      Penghapusan – berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim.





1.2 TEORI PELAZIMAN KLASIK WATSON

Membuat penyelidikan tentang emosi kanak-kanak (Albert – tikus putih). Kemudian meneruskan kajian lanjut tentan emosi. Dia mendakwa bahawa ada tiga jenis emosi yang tidak dipelajari apabila lahir iaitu takut, marah dan sayang.

  • Emosi manusia boleh dilazimkan secara klasik.
  • Menyarankan bahawa guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan dengan menentukan rangsangan yang akan didedahkan kepada mereka dan jenis gerak balas yang yang akan dihasilkan.
  • Dalam proses pengajaran, guru haruslah sentiasa memilih rangsangan yang menyeronokkan serta meminimumkan yang negatif.


1.3 TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE

  • Ahli Behavioris pertama menggunakan konsep Pelaziman Operan.
  • Kajian ke atas seekor kucing , sangkar dan makanan – Pembelajaran Cuba Jaya.
  • Tiga Hukum Pembelajaran:
    1. Hukum Kesediaan – kesediaan psikomotor, afektif dan kognitif
    2. Hukum Latihan
    3. Hukum Kesan

·  Untuk meningkatkan tahap kesediaan belajar, guru harus menggunakan motivasi yang sesuai.
  • Mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas pelajar dengan membanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi serta pengukuhan dalam keadaan  yang menyeronokkan.
  • Memberi ganjaran dan peneguhan untuk respons atau gerak balas yang betul daripada pelajar.
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk menikmati kejayaan dalam pembelajaran mereka.

1.4 TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER

  • Gerak balas boleh diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi), jika diberiakan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan.
  • Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi.
  • Peneguhan Positif – memberi ganjaran setelah perlakuan baik dilakukan atau perlakuan buruk tidak dilakukan.
  • Peneguhan Negatif – rangsangan yang tidak menyenangkan bagi meningkatkan sesuatu perlakuan yang baik.


2.0 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

·        Ahlai-ahli psikologi kognitif seperti Kohler, Koffka dan Wertheimer (juga dikenali sebagai ahli psikologi Gestalt) berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung.
·        Tumpukan kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses menyelesaikan masalah dan penggunaan celik akal dan model memproses maklumat mengikut peringkat umur dan kebolehan pelajar.
·        Pembelajaran hanya boleh berlaku sekiranya pelajar mempunyai cukup pengalaman yang berkaitan untuk mempelajari pengalaman baru di samping mempunyai motif serta rela mengambil inisiatif diri sendiri untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.
  • Kohler dalam kajian ke atas cimpanzi yang bernama Sultan telam menemui pembelajaran melalui “celik akal” (insight).
  • Celik akal bermaksud idea yang berlaku secara tiba-tiba dalam proses menyelesaikan masalah yang juga ada perkaitan dengan pengalaman lepas.

3.0 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

  • Menganggap manusia sebagai makhluk yang aktif, berupaya membuat pilihan dan menggunakan proses-proses perkembangan untuk memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain.
  • Bandura dan Walters telah membuat kajian ke atas sekumpulan kanak-kanak tadika, beliau  merumuskan bahawa tingkahlaku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerakbalas yang ditonjolkan oleh orang lain ( Pembelajaran melalui proses permodelan dan pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan).
  • Bandura mengenalpasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui permodelan atau pemerhatian / peniruan iaitu perhatian (attention), mengingat (retention), reproduksi (reproduction) dan peneguhan (reinforcement / motivation).
  • Implikasi Teori Bandura:
    1. Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar guru menjadi role model kepada pelajar.
    2. Demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar membolehkan pelajar menirunya dengan mudah dan tepat.
    3. Guru juga boleh gunakan rakan sebaya yang cemerlang menjadi role model untuk membuat demontrasi dalam kelas atau luar bilik darjah.
    4. Guru boleh menggunakan teknik main peranan dan simulasi.

4.0 TEORI PEMBELAJARAN HUMANISTIK

  • Menyarankan bahawa pelajar belajar mengikut motifnya sendiri.
  • Setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri (kesempurnaan kendiri).
  • Tokoh utama ialah Carl Rogers dan Abraham Maslow.

Ciri Utama Teori Pembelajaran Carl Rogers

  1. Pengalaman setiap individu adalah fenomena-logikal, iaitu pengalamannya hanya dialami oleh individu sendiri sahaja.
  2. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesumpurnaan kendiri.
  3. Setiap individu mempunyai konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan diri.
  4. Individu juga banyak dipengaruhi oleh persekitaran.
  5. Mengutamakan pembelajaran berpusatkan pelajar.

Ciri Utama Teori Pembelajaran Maslow

  1. Motivasi intrinsik merupakan kuasa dalaman  yang berada dalam perkembangan fisiologikal dan psikologikal manusia.
  2. Menghuraikan hierarki dalam keperluan manusia.

5.0 TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISMA

  • Pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajaridengan mewujudkan jaringan atau hubungan (dalam minda) antara idea dan fakta yang sedang diajar / dipelajari.
  • Pelajar membina jaringan maklumat antara pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru dipelajari.
  • Tokoh Konstruktivisma seperti Ernst Von Glaserfeld, J. Anderson, Piaget dan Vygotsky
  • Terdapat tiga jenis konstruktivisma: exogeneneous, endogeneous dan dialektikal.


Ciri-ciri Pengajaran Konstruktivisma

  1. Menyusun / menstruktur P&P disekitar utama / penting.
  2. Pembelajaran dahulu atau pengetahuan sedia ada penting untuk pembelajaran baru.
  3. Guru harus mempastikan atau mengkaji setakat mana pengurusan pengetahuan lepas.
  4. Guru harus menimbulkan keraguan atau persoalan mencabar minda pelajar untuk menggalakkan mereka meneroka mencari jawapan.
  5. Mengajar individu cara belajar.
  6. Pembelajaran ialah suatu aktiviti sosial: melibatkan interaksi dengan manusia lain seperti guru, rakan dan lain-lain.
  7. Cadangan pembelajaran penemuan, simulasi, pengajaran resiprikal, pembelajaran kooperatif, pembelajaran kolaboratif dan pembelajaran masteri.
  8. Pengajaran berpusatkan pelajar.
  9. Aktiviti-aktiviti ”hands on” dan ”minds on”.
                                                                                                   



No comments:

Post a Comment